Sabtu, 9 Februari 2013

Mutiara Hitam dari Sabah

Mutiara ialah sejenis permata yang berharga.Berbeza daripada permata yang lain,mutiara bukan sejenis galian yang dilorong dari perut bumi.Mutiara terbentuk di dalam cangkerang sejenis tiram.Apabila bahan asing seperti pasir atau serpihan cangkerang masuk ke dalam cangkerang tiram,maka bahan itu akan dilitupi oleh partikel dengan pelbagai lapisan nipis yang dinamakan narke.Proses ini berlaku selama beberapa tahun untuk membolehkan bahan asing itu bertukar menjadi mutiara.

Mutiara berkilat dan warnanya sama dengan lapisan cangkerang tiram.Ada tiram yang menghasilkan mutiara yang indah warnanya seperti hitam,oren,merah jambu,krim dan putih,Mutiara jenis ini mahal harganya..Mutiara hitam adalah antara jenis mutiara yang tinggi nilainya.Jika mutiara dibelah dua dan dilihat di bawah mikroskop akan kelihatan lapisan bulatan seolah-olah lapisan pada bawang yang dibelah dua,

Selain warna,bentuk mutiara juga penting dalam menentukan kualiti mutaira,Mutiara yang bulat dan sama saiznya cantik dibuat kalung.Mutiara yang tidak tentu bentuknya kurang bernilai kerana sukar untuk dijadikan barang kemas.



Mutiara asli sukar didapati.Oleh itu,mutiara diternak dengan memasukkan indung mutiara yang cantik dan bulat ke dalam tiram-tiram terpilih dengan cara yang saintifik.Tiram-tiram itu kemudiannya dilepaskan ke dalam sangkar khas di dalam laut selama tiga hingga lima tahun.Selepas itu,mutiara tersebut dikeluarkan dari tiram dan digredkan mengikut kualitinya sebelum dibentuk menjadi barang perhiasan tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan